WEEKEND WORKSHOP

I want to learn more about autism!

A series of workshops held on weekends to enhance knowledge and skills in managing and educating children with autism. These workshop are specifically organised for parents, but all are welcomed.

In depth explanation on various topics on autism will be given by GENIUS Kurnia’s interventionists and guest speakers. The workshops are conducted in Dewan Anugerah, GENIUS Kurnia. Click on the 2020 list of weekend workshops to register.

List of  GENIUS Kurnia’s 2020 Weekend Workshops

16 February 2020 Let's play with the kids

Synopsis:

Menerusi aktiviti bermain banyak kemahiran yang boleh dipelajari kanak-kanak. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mengalami autisme mereka mengalami kesukaran bermain. Mereka mungkin masih bermain sendiri dan permainan yang disukai sangat terhad.

Bengkel ini akan berkongsi aspek kemahiran sosial dan perkembangan bermain. Terdapat pengkongsian strategi-strategi bermain secara interaktif dan strategi bermain dengan alat permainan.

Register
1 Mac 2020 Getting Your Child Ready for School

Synopsis:

Pelbagai strategi akan dikongsikan oleh panel berpengalaman dalam menyediakan anak ke aliran inklusif dan pendidikan khas. Panel juga akan memberikan  tip untuk ibu bapa kerjasama dengan pihak sekolah bagi menjayakan persediaan anak sebelum melangkah ke sekolah.

Register
29 Mac 2020 Early Communication

Synopsis:

Bengkel menerangkan mengenai kemahiran komunikasi awal, tahap perkembangan komunikasi kanak-kanak dan kepentingan kemahiran komunikasi kepada kanak-kanak.

Bengkel  turut menjelaskan  kesukaran komunikasi awal yang dihadapi oleh kanak-kanak autisme. Seterusya terdapat  cadangan aktiviti untuk menggalakkan komunikasi awal terutamanya kemahiran meminta bagi kanak-kanak yang mengalami autisme.

Register
19 April 2020 Advance Communication Skills

Synopsis:

Bengkel lanjutan selepas bengkel komunikasi awal akan memberi fokus kepada kemahiran komunikasi berikut :memberi komen, memberi maklumat, mendapatkan maklumat dan bercerita.

Terdapat aktiviti cadangan pengajaran akan diterangkan supaya ibu bapa dan guru dapat menyokong kemahiran komunikasi lanjutan kanak-kanak yang mengalami autisme

Register
28 June 2020 Conducting intervention at home

Synopsis:

Terus konsisten menjalankan intervensi setiap hari  di rumah dapat membantu perkembangan dan kemahiran kanak-kanak autisme.

Bengkel  ini  akan menjelaskan mengenai langkah-langkah persediaan dan tips berguna  untuk menjalankan intervensi yang berkesan dirumah.

Register
12 July 2020 Cerebral Palsy

Synopsis:

Palsi serebrum atau Cerebral Palsy ialah keadaan yang menjejaskan kawalan dan pergerakan otot. Palsi serebrum  berlaku disebabkan kecederaan pada otak yang berlaku sejak lahir yang akan menjejaskan pergerakan.

Topik ini akan menerangkan lebih lanjut mengenai kategori Palsi Serebrum dan starategi untuk membantu ibu bapa untuk menyokong kanak-kanak palsi serebrum.

Register
9 August 2020 Child Behavior Intervention Plan

Synopsis:

Kanak-kanak yang mengalami autisme lazimnya mempunyai tingkah laku mencabar disebabkan pelbagai faktor seperti rigid dan isu sensori.

Sokongan perlu diberikan menerusi pengurusan tingkah laku. Bengkelakan berkongsi pelan untuk pengurusan tingkah laku seperti fungsi tingkah laku, ABC dan strategi berhadapan dengan tingkah laku.

Register
16 August 2020 Parent's Stress Support

Synopsis:

Cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami autisme memberi kesan kepada fisiologi dan kesejahteraan ibu bapa. Kesukaran yang dihadapi  mungkin disebabkan pelbagai faktor seperti tahap autisme anak, kurang sistem sokongan dan label daripada masyarakat sekeliling.

Penceramah akan menerangkan strategi  untuk menangani tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak autisme

Register
13 September 2020 Exposure of autism children to the outside world

Synopsis:

Kanak-kanak autisme perlu diberi peluang untuk meroka persekitaran di sekeliling termasuklah menyertai aktiviti  seperti menonton wayang, riadah di taman dan hadir ke kenduri.  Aktiviti luar memberi manfaat  kerana mengalakkan mereka bersama dengan masyarakat.

Topik ini berkongsi  mengenai kesukaran kanak-kanak semasa mengikuti aktiviti luar rumah dan strategi untuk menyokong mereka.

Register
27 September 2020 3M Skills

Synopsis:

Pengkongsian kepada ibu bapa pengajaran praakademik kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Bengkel ini juga akan berkongsi idea berkaitan aktiviti pengajaran yang boleh dilakukan dan bahan pengajaran yang sesuai digunakan untuk pengajaran kemahiran 3M.

Register
11 October 2020 Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

Synopsis:

Kanak-kanak ADHD mempunyai perkembangan dan aktiviti berbeza dengan kanak-kanak tipikal. Mereka sukar untuk memberi tumpuan, duduk diam, mengikut arahan dan siapkan tugasan.

Bengkel ini menerangkan ciri-ciri ADHD dan bentuk sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak ADHD.

Register

Makluman


Kesemua bengkel GENIUS Kurnia akan diadakan secara dalam talian sepanjang tahun ini sebagai langkah pencegahan kepada virus Covid-19.

Tarikh bengkel akan dimaklumkan kelak

Semua bengkel GENIUS Kurnia yang lepas boleh dilayari di Youtube GENIUS Kurnia.
Klik di sini -> "GENIUS Kurnia Playlist"